30 Sept 2012
Rumah ku Syurga ku
Deco bersama Azidarisya
Syukur kepada Allah dengan rezeki yang di berikan.... Dengan izin Nya maka dapat juga saya memiliki sebuah rumah sendiri. Bukan banglo bukan condo bukan juga apartment mewah...sekadar rumah teres yang cukup selesa untuk kami sekeluarga.
Kalau dulu malas nak menyiap kan rumah sebab takut berpindah randah. Perabut pun sekadar perlu sahaja. Maklumlah rumah sewa......tapi kini tidak lagi....walaupun kecil saya cuba untuk membuatkan rumah saya menjadi indah....saya mahu apabila saya melangkah masuk ke rumah ada satu aura yang menenang kan jiwa........
Ini lah muka depan rumah saya.....atap nya tak mampu nak buat yang cun-cun....maka seperti yang di lihat sajalah yang mampu.....Insya Allah kalau ada rezeki lebih bolehlah buat yang elok sikit......
Jom masuk dalam rumah pulak.......Saya sangat suka warna yang terang, maka merah menjadi pilihan untuk dinding utama di padankan dengan warna putih pada dinding yang lain bersesuaian dengan set sofa merah putih yang saya beli. Pada satu sudut dinding yang kecil saya letakkan meja santai di hiasi kapal di atas nya. Pada asalnya meja santai ini berwarna coklat tapi telah saya ubah suai dengan semburan putih bagi menyesuaikan dengan keadaan ruang tamu saya. Tidak perlu membazir wang beli yang lain....Langsir pula saya penuhi dinding di ruang pintu bagi menampakkan luas rumah.
Ini pula ruang makan tetapi saya ubahkan menjadi ruang rehat untuk menonton tv bersama keluarga. Ruang ini saya warnakan merah jambu cair & pekat....konon nya nak menampakkan suasana romantik & damai bila kami berehat di situ........cewaaahhhhhh.....
Ok sekarang masuk dapur pulak......tengok lah betapa saratnya barang kat dapur ni......tak boleh masuk ramai-ramai sangat nanti tak boleh nak bergerak.........tengoklah dinding dapur yang berkulat tu, menunjukkan betapa rajin nya saya memasak.......rajinnnnnlah sangat..........dapur ni pun kalau ada rezeki barulah boleh di luaskan sikit kalau tak cam gini jelah...............tapi tak kisah lah apa yang penting bersyukur dengan pemberian Nya.....baik dari tiada apa-apa....ye tak????
Rumah ni ada 3 bilik tapi bilik tidak boleh di paparkan di sini maklumlah P&C punya ruang...............
Bukan nak berlagak @ menunjuk-nunjuk rumah kecil saya ini, sekadar berkongsi kegembiraan atas pemberian Nya.
Syukur Alhamdulillah....
mek...depan tu elok dah....tp dapur mu tu takyah la tunjuk...seram aku...
ReplyDelete